Saturday 29 October 2011

Tips stalking di facebook atau mana-mana social networking lain

Mukadimah: Kata-kata dalam gambar di atas bukan lah aku yang reka. Pinjam kata-kata penulis jepun. Ini sebenarnya kulit belakang komik yang bertajuk '8.00 pagi, Aku cinta kau lagi'. Siapa punya entah kat rumah ni. aku rembat sahaja dan baca dan kemudian sepah-sepahkan sahaja  pulangkan kembali. Cerita pasal seorang gadis yang suka dengan seorang lelaki yang sama-sama naik train dengannya. Sebab terlalu suka, gadis ini buat satu list tentang lelaki tersebut. Daripada makan kegemaran hinggalah berapa bilangan koleksi komik doraemon yang lelaki tersebut ada. OH.lupa! ini mukadimah sahaja...jadi tak perlulah panjang2..kan.. nanti jadi tidak berkaitan plak..


Mesti ramai yang tak puas hati apehal la pulak perempuan ni buat post macam ni? Gila ke apa nak stalk orang. Ini sekadar tips. Stalking bukan bermaksud tidak percaya, tetapi untuk memastikan kepercayaan anda tidak dipersia-siakan. YES..kepercayaan adalah sesuatu yang fragile. Jika ada orang yang percaya pada anda, jangan sia-siakan. 

Dan jika anda mangsa yang di-stalking. Tak perlulah terasa seperti tidak dipercayai kerana di-stalking, sebaliknya anda syukurlah kerana masih ada yang kisah tentang anda. Kalau tak ada apa yang nak disembunyikan...tak perlu risau betul tak? So tujuan utama post ini adalah untuk menyedarkan orang-orang di luar sana yang begitu lincah berskandal-skandal di internet supaya insaflah... Hargailah orang yang tersayang. Itupun kalau sayang laaa.. :( Erm.

#Tips 1 : Mengetahui andainya si dia spesies yang playboy ke or whatsoever
Jenis lelaki ni biasanya akan add perempuan-perempuan sahaja. terutamanya perempuan-perempuan yang seksi, cantik serta gelenya (gedik tahap tinggi). Perempuan-perempuan ni bukannya mutual friend pun kadang-kadang, dia tak kenal pun, tapi dia sengaja search, kemudian ushar gambar sikit tengok comel ke idak...pastu dia add. 
Okay. So, jenis yang ini, kalaupun awek atau isteri nye yang jeles menegur...

               'EEeee..you ni..suka eh add perempuan-perempuan?...semua dalam friendlist you perempuan je, lelaki takde pun...yang ada pun maknyah jerr! Semua seksi-seksi seksa dunia akhirat pulak tuh!!'. 

Adakah lelaki tersebut akan berubah? TIDAK! Lelaki jenis ini akan menjadi lebih licik dengan men-delete kesemua update berkaitan dengan perempuan lain yang terdapat di wall facebooknya. So, ladies....korang dah kene tipu (terfaktab!). Jadi, cuba catatkan berapa bilangan friends-nya dan kemudian semak jarang-jarang kawan-kawannya. Dan...kalau perlu add je kawannye yang mengeletis itu. 

Oh yang perempuan juge sama. Kalau yang jenis ini, dia akan add lelaki yang macho-macho, bukan kawan dia pun, tapi dia dengaja search pastu tengok hensem dia trus add. Pastu like semua pemain bola sepak yang hensem-hensem, pelakon... 

#Tips 2 : Status (relationship)  di Facebook
Pernah tak kalau anda buat relationship anda dengan sidia, kemudian...lama anda tunggu pun dia tak approve? Kemudian bila anda tanya 

'Baby..kenapa tak approve relationship kita tuuu.... I da lama dah tunggu you approve. You ni tak bersukan sporting langsunglah! I nak merajuklah macam ni...' 

Kemudian selepas beberapa sesi merajuk dan mencarut dan tak bertegur-sapa selama seminggu dan pujuk-memujuk....Barula dia approve. Okeh..walaupun dia approve cuba anda suruh rakan anda buka profile sidia dengan menggunakan akaun facebooknya. Tengok samada anda boleh lihat status tersebut mahupun tidak. Sebab apa? Sebab si licik ini akan meng-accept relationship status ini hanya dengan menjadikannya visible kepada anda seorang sahaja. Orang lain mana boleh tahu yang dia sudah tidak available. Oh cannot!....Kasanova lah katakan. $%## laa!  <-----ini mencarut.

#Tips 3 : Gambar
Cuba anda upload gambar anda dan dia berdua. *Tak perlu la yang pegang-pegang..nanti upload, orang lain tengok anda dah la berdosa pegang-pegang, pastu tayang-tayang pulak kan*. Semua gambar anda dan sidia yang anda tag, semuanya pasti akan di remove, walaupun anda masih di dalam relationship dengannya. Untuk jenis yang ini... Ternyata dia tidak suka ada sebarang perkaitan pun dengan anda. Terutamanya yang boleh dilihat oleh umum. terutamnya segala jenis skandal yang ada di facebook. Ternyata skandal-skandalnya jauh lagi penting daripada anda, kerana dia tidak boleh kehilangan skandalnya. Sadis kan?

Ternyata facebook atau mana-mana social networking seperti tagged, facebook, atau apa-apapun telah menjejaskan banyak hubungan dan ikatan. Kalau tak percaya sudahlah!. Ramai dah terfaktab. Kau?

No comments:

Post a Comment