Thursday 1 December 2011

Dunhill Desire Red. Tema Perkahwinan Merah Menyala!

Sabtu ini, 3hb 12, 2011.
Saya akan berkahwin. 
Tema, DESIRE RED.
Tengok ajelah nanti desiring ke tidaknye.huhu.

Tadi konon-konon nak g facial.
Tapi akak tauke spa itu juge akan kawen sabtu ni.
So, xde sape nk layan saya. sobsob.
Kecik ati, lalu bawa diri pegi saloon rambut aje.
Tapi xpe..sebab aunty saloon tu cakap 'hayya..manyak cantik ini amoi'
Jadik malu. tapi tengkiu aunty...
u made my day!
 Kompem akan datang citu lagik.haha.

Okay itu sahaja update untuk kali ini. 
Gambar-gambar akan diupload lepas majlis. 
Itupun kalau tak busy.
Teettt. 

Hearts.

Sunday 6 November 2011

sibuk aje!

Sangat sibuk bulan ini. Jadi update akan dibuat dalam bentuk point-point sahaje.

  • Sekarang aku ade depan tv. tgok cite kat astro ria. cite yg pelakon dia azlee...n sape tah. EEEee...tak kelakor pun taw. Atul sila tukar channel!
  • Baru lepas key-in markah SAPS! settle seploh kelas punye markah. Yeay! Atul tolong. Aku buli. Sebagai balasan aku blanje makan aiskrim ngan coklat cadbury.
  • Dah siap assingnment individu untuk induksi. Yeay! Ade pari-pari dari langit datang tolong. 
  • Da siap tulis kad kawen semua.....tampal setem pun dah. Lusa pos.
  • Ok tu je yg da siap. Banyak lagi
  • Hari ni Raya Aidiladha. Selamat lah untuk semua! !

Monday 31 October 2011

Memahami dialek famili aku (negeri sembilan: Kuala Pilah - Seri Menanti)


Saje nak share.. Ini adalah antara perkataan-perkataan yang macam rare kalau digunakan di luar kawasan Negeri Sembilan. Ade gak perkataan yang family aku je paham....hahaha!. Huru-hara bahasa ini macam....

Baruh: ba-ghuh
Maksud : Kawasan yang lebih rendah. Juga merujuk hilir.

**Orang-orang lama biasanya suka menunjukkan arah berdasarkan arah sungai. Hulu la...hilir la...darek (darat) la... Hayya!.. Sungai mana yg diorng ikut aku pun tataw. Aku memang fail direction ni, especially kalau diorang kata..'moh kite ke baruh. jumpo sedaro laen'. So aku folo je la tiap-tiap kali.

Berengguh: be-reng-guh
Maksud: biasanya digunakan untuk menggambarkan tempat pengantin lelaki akan ditempatkan sementara menunggu sebelum bersanding.

Bingai: bi-ngai
Maksud: Takde otak punya orang! hayyya

Bondar : bon-dar
Maksud: Tali air kecik/ sungai kecil

**Masa kecik-kecik dulu aku suke g main tepi kolam kat umah uwan. Tepi kolam tu ade bondar. Kene naik titi kecik lalu bondar tu baru sampai ke kolam. Dulu kolam tu cantik...ade bunga teratai putih, kiambang, keladi kat tepi-tepi kolam...pastu ikan dalam tu banyak. Petang-petang bagi ikan makan. Kalau rajin g petik kangkung tepi kolam. Kangkung yang kat situ bukan macam kangkung kat kedai yang daun kecik-kecik tu. Daun dia besar lagi. Organik. Pasal tade chemical. Hidup meliar je. Pastu kitorang slaluu gak g tangkap pepatung kat situ. Walaweiii...tuu semua dulu r. Ritu balik kampung, tengok kolam tu da tak terjaga da. Semak. Siap pinjam boot motong atuk lagi..hahaha. Tu pun sebab ayah soh g petik daun selom.

Celait : Che-la-it 
Maksud: torchligt....huhuhu

Kensal : Ken-sal (kain sal)
Maksud : Tuala mandi

Mantai: Man-tai
Maksud: Sembelih lembu/kerbau/kambing. Biasanya aktiviti yang melibatkan ramai orang.
Contoh ayat: Time da dekat ngan raya haji ni la orang ramai mantai.

Menggelintin : meng-ge-lin-tin
Maksud: menggelepur
Contoh ayat: Menggelintin Ali apabila dia menyapu minyak urut yang panas itu di perutnya.

Peloso: pe-low-so
Maksud: Tahap malas yang lebih tinggi daripada malas yang biasa. Malas gila la senang cerita.
Contoh ayat: Ekau ni Peah....peloso boto! matahari da mencarak da tu ha...ekau berselimut laie.

Piuh: pi-uh
Maksud: Merujuk kepada perbuatan memulas/memerah sesuatu seperti kain atau objek-objek lain yang boleh dipiuh. Erm...macamtu la lebih kurang (alahai aku nak explain pun tataw camne.... -_-")
Contoh:  i) Piuhkan stereng tuh.
              ii) Cikgu memiuh telinga Ali kerana tidak menyiapkan tugasan karangan tersebut.
           












Saturday 29 October 2011

Tips stalking di facebook atau mana-mana social networking lain

Mukadimah: Kata-kata dalam gambar di atas bukan lah aku yang reka. Pinjam kata-kata penulis jepun. Ini sebenarnya kulit belakang komik yang bertajuk '8.00 pagi, Aku cinta kau lagi'. Siapa punya entah kat rumah ni. aku rembat sahaja dan baca dan kemudian sepah-sepahkan sahaja  pulangkan kembali. Cerita pasal seorang gadis yang suka dengan seorang lelaki yang sama-sama naik train dengannya. Sebab terlalu suka, gadis ini buat satu list tentang lelaki tersebut. Daripada makan kegemaran hinggalah berapa bilangan koleksi komik doraemon yang lelaki tersebut ada. OH.lupa! ini mukadimah sahaja...jadi tak perlulah panjang2..kan.. nanti jadi tidak berkaitan plak..


Mesti ramai yang tak puas hati apehal la pulak perempuan ni buat post macam ni? Gila ke apa nak stalk orang. Ini sekadar tips. Stalking bukan bermaksud tidak percaya, tetapi untuk memastikan kepercayaan anda tidak dipersia-siakan. YES..kepercayaan adalah sesuatu yang fragile. Jika ada orang yang percaya pada anda, jangan sia-siakan. 

Dan jika anda mangsa yang di-stalking. Tak perlulah terasa seperti tidak dipercayai kerana di-stalking, sebaliknya anda syukurlah kerana masih ada yang kisah tentang anda. Kalau tak ada apa yang nak disembunyikan...tak perlu risau betul tak? So tujuan utama post ini adalah untuk menyedarkan orang-orang di luar sana yang begitu lincah berskandal-skandal di internet supaya insaflah... Hargailah orang yang tersayang. Itupun kalau sayang laaa.. :( Erm.

#Tips 1 : Mengetahui andainya si dia spesies yang playboy ke or whatsoever
Jenis lelaki ni biasanya akan add perempuan-perempuan sahaja. terutamanya perempuan-perempuan yang seksi, cantik serta gelenya (gedik tahap tinggi). Perempuan-perempuan ni bukannya mutual friend pun kadang-kadang, dia tak kenal pun, tapi dia sengaja search, kemudian ushar gambar sikit tengok comel ke idak...pastu dia add. 
Okay. So, jenis yang ini, kalaupun awek atau isteri nye yang jeles menegur...

               'EEeee..you ni..suka eh add perempuan-perempuan?...semua dalam friendlist you perempuan je, lelaki takde pun...yang ada pun maknyah jerr! Semua seksi-seksi seksa dunia akhirat pulak tuh!!'. 

Adakah lelaki tersebut akan berubah? TIDAK! Lelaki jenis ini akan menjadi lebih licik dengan men-delete kesemua update berkaitan dengan perempuan lain yang terdapat di wall facebooknya. So, ladies....korang dah kene tipu (terfaktab!). Jadi, cuba catatkan berapa bilangan friends-nya dan kemudian semak jarang-jarang kawan-kawannya. Dan...kalau perlu add je kawannye yang mengeletis itu. 

Oh yang perempuan juge sama. Kalau yang jenis ini, dia akan add lelaki yang macho-macho, bukan kawan dia pun, tapi dia dengaja search pastu tengok hensem dia trus add. Pastu like semua pemain bola sepak yang hensem-hensem, pelakon... 

#Tips 2 : Status (relationship)  di Facebook
Pernah tak kalau anda buat relationship anda dengan sidia, kemudian...lama anda tunggu pun dia tak approve? Kemudian bila anda tanya 

'Baby..kenapa tak approve relationship kita tuuu.... I da lama dah tunggu you approve. You ni tak bersukan sporting langsunglah! I nak merajuklah macam ni...' 

Kemudian selepas beberapa sesi merajuk dan mencarut dan tak bertegur-sapa selama seminggu dan pujuk-memujuk....Barula dia approve. Okeh..walaupun dia approve cuba anda suruh rakan anda buka profile sidia dengan menggunakan akaun facebooknya. Tengok samada anda boleh lihat status tersebut mahupun tidak. Sebab apa? Sebab si licik ini akan meng-accept relationship status ini hanya dengan menjadikannya visible kepada anda seorang sahaja. Orang lain mana boleh tahu yang dia sudah tidak available. Oh cannot!....Kasanova lah katakan. $%## laa!  <-----ini mencarut.

#Tips 3 : Gambar
Cuba anda upload gambar anda dan dia berdua. *Tak perlu la yang pegang-pegang..nanti upload, orang lain tengok anda dah la berdosa pegang-pegang, pastu tayang-tayang pulak kan*. Semua gambar anda dan sidia yang anda tag, semuanya pasti akan di remove, walaupun anda masih di dalam relationship dengannya. Untuk jenis yang ini... Ternyata dia tidak suka ada sebarang perkaitan pun dengan anda. Terutamanya yang boleh dilihat oleh umum. terutamnya segala jenis skandal yang ada di facebook. Ternyata skandal-skandalnya jauh lagi penting daripada anda, kerana dia tidak boleh kehilangan skandalnya. Sadis kan?

Ternyata facebook atau mana-mana social networking seperti tagged, facebook, atau apa-apapun telah menjejaskan banyak hubungan dan ikatan. Kalau tak percaya sudahlah!. Ramai dah terfaktab. Kau?

Sunday 25 September 2011



Mmmm......
smalam...semasa di utm. 
semasa ramai orang sdang konvo..
tiba-tiba datang satu perasaan sperti mahu sambung belajar lagi. 
hurm.....tapiiiiii.........
.....
....
...
..
..
.
tgok la camne kan... 
kawen2 dulu ke..
then baru proceed nk dapatkan title DR tu kan..huhuhu..


Ok. bukan saya yg knvo. Tapi haruslah ada gmbar juga kan. hahaha... -_-"

dah tu je gmbar yg ade. yg laen gmbar org yg diraikan sahaja..hehe

Wednesday 17 August 2011

Einstein the Miniature Horse @ Einstein si Kuda Kecik

Layan Oprah tadi. Salah satu dia punya tetamu ialah seekor kuda kecil warna putih yang comel tompok-tompok hitam dan sangat manja. Nak sekor boleh? Nnt aku bagi makan lalang depan umah. Senang, takpayah suruh bangla mesin.

 Nama dia Einstein

Comel kan...see!

 Anjing pun lagik beso!

Alahai keciknye Einstein disamping baby omputih tu 

Saturday 13 August 2011

Musim Tikam-menikam, Tembak-menembak

Ok nak cerita sikit aktiviti-aktiviti utama pelajar semasa musim ujian mahupun peperiksaan. Bukan nak cakap apelaa..tapi majoriti para pelajar (kat sekolah i la ye...kat skolah u ol i tataw) memang ambil remeh tentang ujian dan peperiksaan ni. Bayangkan ea..mula-mula kita edar borang OMR dulu..pastu..baru bagi kertas soalan. Belum sempat cekgu bagi kertas soalan lagi..diorang da sibuk-sibuk hitamkan jawapan kat borang OMR tu. Kertas soalan tu dia buka pun tidak. cis. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Hebat!kagum aku.

Pastu kelmarin..adala sorang pelajar ni... tiba-tiba dengan muka cemas tanya.....

'Cekgu...sekarang ujian apa meyh? Sejarah eh?'

'A'a..sejarah...' Jawab cekgu pendek sebab tengah bizi mengedarkan kertas ujian.

'Eh sebelum rehat tadi paper ape cekgu?'

Laa...tny kite pulak.... kate cekgu dalam ati.
'Tadi PJK..apepasal?'

'Macam mana cekgu..dekat borang OMR masa subjek PJK itu tadi saya tulis subjek SEJARAH'
Kate pelajar tersebut dengan muka kalut-kalut.

'Hayya...u tikam sampai subjek pun salah tulis ya. Obvious sangat tu.. 
Takpelah. Biar ajelah. Itu la sape suruh tikam-tikam.'.

Moral of the story: 
i) Kalau nak tikam-menikam or tembak-menembak jawapan ni... atleast tgok gakla soalan dulu.. sebab biasanya soalan ujian dan peperiksaan ni disediakan mengikut macam-macam tahap berdasarkan taksonomi bloom. so, ade soalan yang mudah (direct), soalan yang sederhana kepayahannya dan soalan yang susah. Cekgu ngaku la penah jer tikam ni. Tapi kat soalan yang memang kalo dok tenung-tenung sampai 3-4 jam pun memang tak terkuar gak jawapan nye. Nak tikam semua..agak-agakla kan. 

ii) Teknik menikam tu...ade yang siap wat pattern cantek-cantek plak tuh. Tak pun ada yang buat jawapan semua 'B' aje  pastu... 'C' aje plak..'Kalo nak tikam pun tak payahla bagi nampak sangat sampai camtu k..menyampah taw. EEeee~~~ (eh..ni aku bukan bagi galakan ya..)