Saturday, 13 August 2011

Musim Tikam-menikam, Tembak-menembak

Ok nak cerita sikit aktiviti-aktiviti utama pelajar semasa musim ujian mahupun peperiksaan. Bukan nak cakap apelaa..tapi majoriti para pelajar (kat sekolah i la ye...kat skolah u ol i tataw) memang ambil remeh tentang ujian dan peperiksaan ni. Bayangkan ea..mula-mula kita edar borang OMR dulu..pastu..baru bagi kertas soalan. Belum sempat cekgu bagi kertas soalan lagi..diorang da sibuk-sibuk hitamkan jawapan kat borang OMR tu. Kertas soalan tu dia buka pun tidak. cis. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Hebat!kagum aku.

Pastu kelmarin..adala sorang pelajar ni... tiba-tiba dengan muka cemas tanya.....

'Cekgu...sekarang ujian apa meyh? Sejarah eh?'

'A'a..sejarah...' Jawab cekgu pendek sebab tengah bizi mengedarkan kertas ujian.

'Eh sebelum rehat tadi paper ape cekgu?'

Laa...tny kite pulak.... kate cekgu dalam ati.
'Tadi PJK..apepasal?'

'Macam mana cekgu..dekat borang OMR masa subjek PJK itu tadi saya tulis subjek SEJARAH'
Kate pelajar tersebut dengan muka kalut-kalut.

'Hayya...u tikam sampai subjek pun salah tulis ya. Obvious sangat tu.. 
Takpelah. Biar ajelah. Itu la sape suruh tikam-tikam.'.

Moral of the story: 
i) Kalau nak tikam-menikam or tembak-menembak jawapan ni... atleast tgok gakla soalan dulu.. sebab biasanya soalan ujian dan peperiksaan ni disediakan mengikut macam-macam tahap berdasarkan taksonomi bloom. so, ade soalan yang mudah (direct), soalan yang sederhana kepayahannya dan soalan yang susah. Cekgu ngaku la penah jer tikam ni. Tapi kat soalan yang memang kalo dok tenung-tenung sampai 3-4 jam pun memang tak terkuar gak jawapan nye. Nak tikam semua..agak-agakla kan. 

ii) Teknik menikam tu...ade yang siap wat pattern cantek-cantek plak tuh. Tak pun ada yang buat jawapan semua 'B' aje  pastu... 'C' aje plak..'Kalo nak tikam pun tak payahla bagi nampak sangat sampai camtu k..menyampah taw. EEeee~~~ (eh..ni aku bukan bagi galakan ya..)


No comments:

Post a Comment