Tuesday 26 July 2011

Pantai : Bercanda di Tanjung Balau


Di sini aku temui kedamaian.
Lihat gambar pun hati jadi kembali berbunga-bunga~~~
Jadi biarkan foto-foto itu bicara.
~~~~wah. boleh tahan ayat...hihiihi

Tembam tak? Tak pun kan....kan

Motif? Cintailah diri kamu dan hargailah diri sendiri. Masing-masing ada kelebihan.
Haaa??!Takde kaitan pun?hahaha...

Saya sukakan keamanan. Kamu?
Puas hati dapat pegi pantai! Alhamdulillah.


Posing euw euw.
dis is terribly photogediks. Oh -_-"

Tak senonoh? Eh.huhu

Bicara sama tangan.

So, we are heading north or south?



 Huyyeahh~~

 So, I do love you. Do you? tiba-tiba..haha


Saya dah nak pulang ni. Mahu ikutkah?
Huh..Lambat. tinggal! Bye.

Thursday 21 July 2011

Sistem Analisis Peperiksaan ( SAPS )

Note to readers: Komen ini telah dibuat berdasarkan pengalaman cekgu farhana sendiri menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan. Tujuan komen dibuat adalah bagi meningkatkan kualiti sistem tersebut. bukan tujuan untuk kondem ke ape ke..tq

Ape-apepun nak cakap tahniah kepada segala usaha kerajaan untuk mengonlinekan semua maklumat tentang keputusan peperiksaan dan juga ujian para pelajar. Tahniah!
Dari segi sudut pandangan positifnya....mmg snang diakses dan data boleh dimuatnaik dan dimuat turun dimana-mana jua tempat mahupun keadaan. 

Ya..bgus sangat sistem ni. sangat bagus..

TAPI..



Sistem ini benar-benar menguji kesabaranku. 
Oh! Data yang sebelum ni yang sudah dimasukkan ke sistem yang lama...terpaksa dimasukkan semula ke dalam sistem yang baru ini pula.....oh why.

and

Lambattttt sangat!AAaa........~~~~~


dannn

Asek keluar bnda2 macam ni sahaje...

Warning: ocilogon() [function.ocilogon]: OCIEnvNlsCreate() failed. There is something wrong with your system - please check that LD_LIBRARY_PATH includes the directory with Oracle Instant Client libraries in /var/www/html/saps/config.​php on line 3

Maka terpaksa tekan SIMPAN berulangkali barulah data masuk.


okay..dan lagi satu...

okay..kaum kat cni xlengkap. cadangan, supaya ditambah lagi satu kaum untuk kategori LAIN-LAIN. 

itu sahaja rungutan dan komen saya. 
sekian.


Sunday 17 July 2011

Pantai oh pantai

Hati sebal sebab kempunan tak dapat pergi pantai. 
really frustrated :'(


Google je ah. Ni gambar pantai kuta, Bali. 
Such beauty. 
Credits to the owner

Saturday 16 July 2011

Singgah Makan-makan

Few days ago, pergi dinner kat restoran baru ni..kat Taman Perling gak. Terletak di tapak kedai Seafood Junction yang lama. So ni la benda yg kitorang makan.

 Nasi goreng kampung kari ayam
~nasi goreng sedap, tapi kari ayam macam terlalu terlalu berempah.  jadi cam pahit sket.
Chicken piccata.
~sedap..loving it. tp presentation kureng. huhu..

Ada lagi..aiskrim goreng kat sini sedap! tak sempat nak ambil gmbar. dah makan dulu..hee

Apahal plak upload gmbr makanan ni kan?.. saje je..hehe. Mmg hobi ambill gmbr makanan..Dannn Makan-makan :)

Tuesday 12 July 2011

Ding dang punya nostalgia

Pergh..ding dang ni. lame dah xjumpe. nostagia betul kotak biru ade gmbar doremon kat depannye. Dulu mase kecik2 adik cekgu slalu nanges nak benda alah ni (adik cekgu ya...cekgu kalo nanges mau kene sebat ngan hanger...anak sulong kene matang -_-"). Coklat bulat2 dia xsdap mana pun tapi sbb excited nak tgok kat dalam dia ade hadiah ape je kot, dingdang ni menjadi idaman kanak-kanak pada masa tu. Nak nak iklan mase tu kalo pas tgok power rangers ke ultraman taro ke, gaban ke, satria baja hitam ke...mmg akan kuor iklan dingdang la...Tora la..itu semua la tuh..huhu.

Nak dijadikan cerita, kelmarin cekgu keluar ngan sorang hamba Allah ni. Masa kat Petronas, dia punya la excited dia ada beli Dingdang ni. Harga seringgit. Cekgu pun excited gak..Hhahaa! Lame xnampak benda ni. Dah jadi mcm barang RARE.duh. Pastu dia soh cekgu buka kotaknya..pasal dia tengah drive. Rakus gile bukak kotak sbb orang seblah dah x sabo nak makan coklat bulat2 dingdang. Bila dah buka, trus bagi dia coklat. member ape lagi..trus suap masuk dlm mulut dengan muka excited. Cekgu belek2 ape kejadah tah dia punya hadiah. belon je. Ayoooo...

Tiba-tiba..
..
..
.....
"erm..."
"tolong check kan expiry date dia bila...."
"rase mcm laen mcm....."




Maka dengan innocent nya cekgu pun membelek-belek kotak packaging td..

'HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHA!!!!!!
EXPIRY DATE: 30 JUN 2011

gelak xboleh control punyaaaa
HAHAHAHAHAHAHHHAHA~~~

hari tersebut ialah 11 JULAI 2011.

"Bongok! bagi sini tisu!"

"huhuu..relaxla...baru beberapa hari je expired kott..huhu"

"Diam boleh tak?"

>_<




Wednesday 6 July 2011

cekgu kesihatan la kunun..huhu


            Mase mula-mula posting tahun lepas, cekgu farhana telah diberi tugas sebagai guru kesihatan sesi petang. Untuk pengetahuan semua, cirri-ciri seorang guru kesihatan yang baik ialah mestilah seorang yang tenang terutamanya semasa menghadapi kes-kes kecemasan.  Tetapi cekgu farhana mase mula-mula dulu mmg panic la kalo berlaku kes-kes camni. Kalo pelajar pengsan, luka, demam, hidung berdarah cekgu farhana adalh orang yang pertama sekali yang akan panik. Wuuu....memang xtahu ape nak buat. GELABAH!. Meraban-raban carik ubat dalam first aid. Tgok ubat mane tah yang patut guna. Pastu xtahu nak balut luka macam mana.

Pernah ada pelajar sesi pagi yang luka tangannya sebab terkena cermin tingkap. Masa diorang datang bilik kesihatan cekgu baru nak buka pintu bilik, baru sampai sekolah masa tu. Cekgu sesi petang kan..lmbt r dtg. Berdarah-darah tangan pelajar tersebut. Dah cuak dah masa tuh. Tak tahu apa mahu buat. Huuu....dalam hati Tuhan aje yang tahu. Diorang panic tgok kawan dah berdarah-darah. Cekgu pun same! Tapi buat-buat macam tahu ape nak buat. Macam slalu tgok dalam tv cmne diorang balut-balut, camne bersihkan luka. Nasib baiklah cekgu farhana memang suka tgok cerita-cerita Srub, Grey Anatomy, CSI, House.....dengan konfidentnya cuci luka, taruk ubat, then balut2....akhirnya luka ditangan pelajar tersebut telah dibalut dengan jayanya. Walaupun hodoh sket.huhu...First time beb balut luka orang.

Pastu kelmarin terserempak dengan pelajar tersebut, dia cakap
‘Cekgu! Tangan saya dah elok dah. Tengok ni!’.
‘Yeke?Awak ade g klinik tak pastu?’
‘xpun..yang cekgu balut hari tu laaa...’
‘huhu...

 >_<




Monday 4 July 2011

hari sukan bawah panas terik mentari

Tadi mase sedang pilih2 gmbar hari sukan tgok mane yg cantek nk di upload kat website sekolah...ade dua folder untuk sukan dan sukantara serta aktiviti sebelum sukan. total 9++ gmbar! ayoyo....penat mau pilih...sedang pilih2 tetibe...jumpe gambar yang ni...
 Abaikan muka tembam+poyo tersebut. beliau mmg mcm tu. Dannnn...juga, sila abaikan parut jerawat sebutir yang sangat visible tersebut. haih..patotnye kene touchup dulu gmbr ni tadi..huhu. Mase ni cekgu tgah jage kaunter pendaftaran mase hari sukan. baju merah yang nampak bahu sipi-sipi je tu adelah encik polis. 

Dalam banyak-banyak gmbar, gambar ni yang paling cekgu suke. sbb macam ade cerita/kisah yang cuba disampaikan. cewah. cerita nya apa? Okay..mungkin ceritanya lebih kurang macam ni...'Ali..pegi kutip peluru yang lontar-lontar tu'. Ali pun berkata 'baek cekgu!'.  tamat.

Yang ni lagi satu gambar yg cekgu suka. Macam ni barulah 1Malaysia! Lepas berjemur, semua kulit dah jadik same kaler dah...kehkeh. Ni team tarik tali rumah Garuda (rumah merah).  walaupun byk acara yang kalah...tapi tarik tali rumah merah menang.Yeay!

FAKTA SUKAN

Hari sukan 2 julai 2011 yg lalu adalah hari sukan pertama sebagai seorang cekgu. Sejak dulu lagi, memang kurang gemar aktiviti-aktiviti yang terpaksa berjemur di padang di bawah panas terik mentari ni. Kulit dahla tak cerah. Hitam bagai lepas sukan. 
Setelah cekgu farhana membuat kira-kira....kalo cekgu farhana masih hidup sehingga pencen, InsyaAllah cekgu farhana akan terpaksa menghadapi hari sukan sebanyak lebih daripada tiga puluh kali lagikkk!....
HAaaaa..semputt..~~~~

lari dari rumah

rentetan daripada cerita anak murid yang ingin dipindahkan oleh ibubapanya... refer cni. pelajar tersebut hari ini dilaporkan telah melarikan diri dari rumah. erm...lari dari rumah bermaksud boleh lari daripada masalah ke. adoiyai why why la anda lari. risau cekgu. haish..manela dia mau pegiiii...haih. mak bapak dia juge risau.

Okayy cekgu farhana mahu share serba sedikit info kat cni tentang tips-tips lari daripada rumah:-

i) Apabila anda memikirkan bahawa anda ingin lari daripada rumah, sila pastikan anda mempunyai tempat yang ingin dituju. contohnya nak dok kat mane sepanjang tempoh pelarian. bukan main terjah je... xkan nak tido kat bangku2 kat taman? tempat tunggu bas?haih. pelarian perang pun ade khemah taw. xkan ko nak dok merempat macam homeless people. ape ke jadahnye. kalo xde tempat yg sesuai, baek ko duduk diam2 kat umah ko tu. xpyah pikir nak lari2...

ii) yang kedua..apabila anda terfikir ingin lari daripada rumah, pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. yang secukupnya bermaksud, walaupun anda ade dua-tiga ratus, pastikan masih ada sumber sekiranya duet tersebut telah habis. maksudnya ade pendapatan tetap la. paling sesuai kalo dah ade keje la maksudnya. tiap-tiap bulan ade duet masuk. contohnye la..anda ade 200 je. pastu nak survive kat jb selama sebulan pun belum tentu lagi. kalo dah lari, baru nak cari keje, gaji masuk sebulan kemudian juge bai. cekgu yang ade gaji tetap ni pun sesak akhir bulan. ko yang ego tade keje blagak nak lari dari rumah tu plak nape. xkanla nanti bile duet da abes...nak tepon mak bapak yang ko tinggalkan tu suruh bank-in kan duet. haih. (kejap guna ko..kejap guna anda...xkonsisten betul cekgu farhana bercerita ya..huu)

iii) pastikan anda ade alasan yang kukuh nak lari dari rumah. contohnya..mungkin rumah yang anda duduki mungkin akan musnah dilanda tsunami yang dasyat. sekiranya anda tak lari meninggalkan rumah tersebut, anda akan mati tertimbus tanpa sempat bertaubat. jika itu alasannya maka larilah...tiada siapa yang larang.

kesimpulannya...pikir la masak2 kalo nak lari pun. kalo stress sgt pun, kalo orang Islam, pergi la solat. kalo agama lain, pergi la tenangkan diri dengan apa jua cara pun. salahkan diri sendiri. buatlah muhasabah diri. jangan salahkan orang lain. terimalah dengan redha. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

p/s-balikla..

Sunday 3 July 2011

Karnival perkahwinan/ expo kahwin a.k.a malaysia wedding expo di johor!


mahu pergi ke sini! tadi on the way ke skudai nampak poster ni besarrr tepi jalan. balik terus google, sbb tadi nampak tarikh je. tempatnya xnampak. mahu datang sini carik idea :)

Karnival perkahwinan / expo perkahwinan / Johor wedding Expo 2011
tarikh: 29 hingga 31 julai 2011
tempat...Danga city mall (danga city mall ni mmg slalu wat pameran/ expo bagai ni..)


jom bakal-bakal pengantin jom p tgok pameran pengantin ni nanti. mesti banyak pelamin n baju2 pengantin cantek kann..haaa..i sukee :)

Jalan-jalan cari makan

cekgu farhana terharu sgt hari ni...cik abg goreng karipap pastu letak dlm bekas bg cekgu rase. karipap dia goreng walaupun nmpak mcm hitam bagai, (tgok la gmbar kat atas tuuu) tp sedap...hoho.  Ermmm...pahit sket la..huhu. apepun tq!!...haha. yang penting usaha tu..haha. nanti da kawen...sile la rajin2 ke dapur k...boleh improve skill tu..hekhek

pastu g jalan-jalan kat larkin. cadang nk g makan ABC kat bomba area Larkin. Order la kacang pool haji juge. saje nak rase. xpenah rase. sdap gakla...tapi xboleh agak kuah dia tu diperbuat daripada ape. kacang la kot kan..huhu. Pastu da abes makan, air nye xsampai2 lagikkk....nak tercekik rase. tunggu punye tgu, air xjuge sampai. mmg spoil la mood customer service yg lambt gtu. (air/abc order kdai lain...kdai yg mmg buat minuman je). pastu kami trus blah je dari situ. xminum air pun. :(

sbb dahage, g plak kat station one cafe. ye kot name cafe tu cmni. minum bandung cincau (bancau).... ingatkan nak minum je..TAPI mkn lagik nasik lemak plak..hahah... banyak space dlm perut ya. no wonder berat makin naik..tsk tsk