Wednesday 6 July 2011

cekgu kesihatan la kunun..huhu


            Mase mula-mula posting tahun lepas, cekgu farhana telah diberi tugas sebagai guru kesihatan sesi petang. Untuk pengetahuan semua, cirri-ciri seorang guru kesihatan yang baik ialah mestilah seorang yang tenang terutamanya semasa menghadapi kes-kes kecemasan.  Tetapi cekgu farhana mase mula-mula dulu mmg panic la kalo berlaku kes-kes camni. Kalo pelajar pengsan, luka, demam, hidung berdarah cekgu farhana adalh orang yang pertama sekali yang akan panik. Wuuu....memang xtahu ape nak buat. GELABAH!. Meraban-raban carik ubat dalam first aid. Tgok ubat mane tah yang patut guna. Pastu xtahu nak balut luka macam mana.

Pernah ada pelajar sesi pagi yang luka tangannya sebab terkena cermin tingkap. Masa diorang datang bilik kesihatan cekgu baru nak buka pintu bilik, baru sampai sekolah masa tu. Cekgu sesi petang kan..lmbt r dtg. Berdarah-darah tangan pelajar tersebut. Dah cuak dah masa tuh. Tak tahu apa mahu buat. Huuu....dalam hati Tuhan aje yang tahu. Diorang panic tgok kawan dah berdarah-darah. Cekgu pun same! Tapi buat-buat macam tahu ape nak buat. Macam slalu tgok dalam tv cmne diorang balut-balut, camne bersihkan luka. Nasib baiklah cekgu farhana memang suka tgok cerita-cerita Srub, Grey Anatomy, CSI, House.....dengan konfidentnya cuci luka, taruk ubat, then balut2....akhirnya luka ditangan pelajar tersebut telah dibalut dengan jayanya. Walaupun hodoh sket.huhu...First time beb balut luka orang.

Pastu kelmarin terserempak dengan pelajar tersebut, dia cakap
‘Cekgu! Tangan saya dah elok dah. Tengok ni!’.
‘Yeke?Awak ade g klinik tak pastu?’
‘xpun..yang cekgu balut hari tu laaa...’
‘huhu...

 >_<




No comments:

Post a Comment