Monday 4 July 2011

lari dari rumah

rentetan daripada cerita anak murid yang ingin dipindahkan oleh ibubapanya... refer cni. pelajar tersebut hari ini dilaporkan telah melarikan diri dari rumah. erm...lari dari rumah bermaksud boleh lari daripada masalah ke. adoiyai why why la anda lari. risau cekgu. haish..manela dia mau pegiiii...haih. mak bapak dia juge risau.

Okayy cekgu farhana mahu share serba sedikit info kat cni tentang tips-tips lari daripada rumah:-

i) Apabila anda memikirkan bahawa anda ingin lari daripada rumah, sila pastikan anda mempunyai tempat yang ingin dituju. contohnya nak dok kat mane sepanjang tempoh pelarian. bukan main terjah je... xkan nak tido kat bangku2 kat taman? tempat tunggu bas?haih. pelarian perang pun ade khemah taw. xkan ko nak dok merempat macam homeless people. ape ke jadahnye. kalo xde tempat yg sesuai, baek ko duduk diam2 kat umah ko tu. xpyah pikir nak lari2...

ii) yang kedua..apabila anda terfikir ingin lari daripada rumah, pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. yang secukupnya bermaksud, walaupun anda ade dua-tiga ratus, pastikan masih ada sumber sekiranya duet tersebut telah habis. maksudnya ade pendapatan tetap la. paling sesuai kalo dah ade keje la maksudnya. tiap-tiap bulan ade duet masuk. contohnye la..anda ade 200 je. pastu nak survive kat jb selama sebulan pun belum tentu lagi. kalo dah lari, baru nak cari keje, gaji masuk sebulan kemudian juge bai. cekgu yang ade gaji tetap ni pun sesak akhir bulan. ko yang ego tade keje blagak nak lari dari rumah tu plak nape. xkanla nanti bile duet da abes...nak tepon mak bapak yang ko tinggalkan tu suruh bank-in kan duet. haih. (kejap guna ko..kejap guna anda...xkonsisten betul cekgu farhana bercerita ya..huu)

iii) pastikan anda ade alasan yang kukuh nak lari dari rumah. contohnya..mungkin rumah yang anda duduki mungkin akan musnah dilanda tsunami yang dasyat. sekiranya anda tak lari meninggalkan rumah tersebut, anda akan mati tertimbus tanpa sempat bertaubat. jika itu alasannya maka larilah...tiada siapa yang larang.

kesimpulannya...pikir la masak2 kalo nak lari pun. kalo stress sgt pun, kalo orang Islam, pergi la solat. kalo agama lain, pergi la tenangkan diri dengan apa jua cara pun. salahkan diri sendiri. buatlah muhasabah diri. jangan salahkan orang lain. terimalah dengan redha. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

p/s-balikla..

No comments:

Post a Comment