Saturday 6 August 2011

Ramadhan di sekolah

Minggu lepas adalah minggu paling best sebab hari isnin dan selasa cuti..hehe. isnin cuti awal Ramadhan dan selasa pula cuti sempena Larian 1Murid 1sukan 1Malaysia pada 4hb Julai yang lepas. Jadi, 3 hari je bersekolah...haha. Ehhhh..bukan la sbb xsuka g sekolah ke apa..tapi sape tak suka cuti kan. Cuba bagitau sape yang tak suka cuti tuh.. Kalau ade pun, kau tipu.

So bila start sekolah hari Rabu, suasana disekolah agak aman damai...hihi.. Ramadhan ni..yang aktif jadi kurang aktif (yang puasa ajela). Cegu farhana juga konon2 ingin bersabar tidak mahu marah-marah dan garang-garang. Mahu cakap dengan lemah lembut aje ngan pelajar. Tapi takde maknenya...hadoi... Sia-sia je niat baik cegu ituuu...huhu. 

Memandangkan kami mengajar sesi petang..so ramaila yang merengek lapar dan dahaga. 

'Cekgu....hari ni kita tak payah belajar la ek. Kami penat la puasa'

'Amboi..seronoknya awak semua kalau kita tak payah belajar hari ni.... Datang sekolah goyang-goyang kaki aje..sudah boleh jadi pandai'.  Kata cegu ngan nada yang serius berbaur sindiran. Walaupun tau diorang tak paham pun kita ni perli. Tak kira lah, nak cakap jugak.

'Alaaa...cekgu boleh la...' 
Sambil masing-masing wat muka kesian bajet kiut. Cegu Farhana pun angkat-angkat kening je wat muka takkk paham dan malas nak layan..kehkeh.

'Awak tahu tak...bila awak semua ni BERPUASA....lepas tu awak pergi BELAJAR.... PAHALA yang awak akan dapat tu berlipat kali ganda tau...' Ucap cekgu Farhana dengan intonasi yang penuh berhemah.

'EEee..cekgu ni...Jangan la cerita pasal BAZAR! lambat lagi ni nak berbuka!' ujar  Ahmad merangkap ketua kelas sambil buat muka tak puas hati. ' Pastu semalam kan saya masa saya pergi BAZAR tu, saya rasa tak tahan sgt nak buka puasa'

Cegu Farhana terdiam sekejap. Ehhh...Apakah??? BAZAR? tiba-tiba je..

'Aidil sini!..cekgu cerita pasal pergi BELAJAR bukan pergi BAZAR la! kronik betul la kau ni....adoi'  
-_-""

'Eh..yeke cekgu?..sori sori! he he he he'



No comments:

Post a Comment