Gila banyak gaji kau! Tajuk macam dasyat kan!..kakakaka... Terpengaruh ngan kak fazilah nye sttaus fb r ni..haha.. So smua orang dah updates pasal bonus tuh.. semua orang pun da taw.. so mls nak cite..hahaha.. Apepun kita kene bersyukur..betul takk?hehe.
Tuesday, 9 August 2011
Saturday, 6 August 2011
Ramadhan di sekolah
Minggu lepas adalah minggu paling best sebab hari isnin dan selasa cuti..hehe. isnin cuti awal Ramadhan dan selasa pula cuti sempena Larian 1Murid 1sukan 1Malaysia pada 4hb Julai yang lepas. Jadi, 3 hari je bersekolah...haha. Ehhhh..bukan la sbb xsuka g sekolah ke apa..tapi sape tak suka cuti kan. Cuba bagitau sape yang tak suka cuti tuh.. Kalau ade pun, kau tipu.
So bila start sekolah hari Rabu, suasana disekolah agak aman damai...hihi.. Ramadhan ni..yang aktif jadi kurang aktif (yang puasa ajela). Cegu farhana juga konon2 ingin bersabar tidak mahu marah-marah dan garang-garang. Mahu cakap dengan lemah lembut aje ngan pelajar. Tapi takde maknenya...hadoi... Sia-sia je niat baik cegu ituuu...huhu.
Memandangkan kami mengajar sesi petang..so ramaila yang merengek lapar dan dahaga.
'Cekgu....hari ni kita tak payah belajar la ek. Kami penat la puasa'
'Amboi..seronoknya awak semua kalau kita tak payah belajar hari ni.... Datang sekolah goyang-goyang kaki aje..sudah boleh jadi pandai'. Kata cegu ngan nada yang serius berbaur sindiran. Walaupun tau diorang tak paham pun kita ni perli. Tak kira lah, nak cakap jugak.
'Alaaa...cekgu boleh la...'
Sambil masing-masing wat muka kesian bajet kiut. Cegu Farhana pun angkat-angkat kening je wat muka takkk paham dan malas nak layan..kehkeh.
'Awak tahu tak...bila awak semua ni BERPUASA....lepas tu awak pergi BELAJAR.... PAHALA yang awak akan dapat tu berlipat kali ganda tau...' Ucap cekgu Farhana dengan intonasi yang penuh berhemah.
'EEee..cekgu ni...Jangan la cerita pasal BAZAR! lambat lagi ni nak berbuka!' ujar Ahmad merangkap ketua kelas sambil buat muka tak puas hati. ' Pastu semalam kan saya masa saya pergi BAZAR tu, saya rasa tak tahan sgt nak buka puasa'
Cegu Farhana terdiam sekejap. Ehhh...Apakah??? BAZAR? tiba-tiba je..
'Aidil sini!..cekgu cerita pasal pergi BELAJAR bukan pergi BAZAR la! kronik betul la kau ni....adoi'
-_-""
'Eh..yeke cekgu?..sori sori! he he he he'
'Eh..yeke cekgu?..sori sori! he he he he'
Tuesday, 26 July 2011
Pantai : Bercanda di Tanjung Balau
| Saya sukakan keamanan. Kamu? |
| Puas hati dapat pegi pantai! Alhamdulillah. |
| Posing euw euw. dis is terribly photogediks. Oh -_-" |
| Tak senonoh? Eh.huhu |
| Bicara sama tangan. |
| So, we are heading north or south? |
Huyyeahh~~ |
| So, I do love you. Do you? tiba-tiba..haha |
| Saya dah nak pulang ni. Mahu ikutkah? |
| Huh..Lambat. tinggal! Bye. |
Thursday, 21 July 2011
Sistem Analisis Peperiksaan ( SAPS )
Note to readers: Komen ini telah dibuat berdasarkan pengalaman cekgu farhana sendiri menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan. Tujuan komen dibuat adalah bagi meningkatkan kualiti sistem tersebut. bukan tujuan untuk kondem ke ape ke..tq
Ape-apepun nak cakap tahniah kepada segala usaha kerajaan untuk mengonlinekan semua maklumat tentang keputusan peperiksaan dan juga ujian para pelajar. Tahniah!
Dari segi sudut pandangan positifnya....mmg snang diakses dan data boleh dimuatnaik dan dimuat turun dimana-mana jua tempat mahupun keadaan.
Ya..bgus sangat sistem ni. sangat bagus..
TAPI..
Sistem ini benar-benar menguji kesabaranku.
Oh! Data yang sebelum ni yang sudah dimasukkan ke sistem yang lama...terpaksa dimasukkan semula ke dalam sistem yang baru ini pula.....oh why.
and
Lambattttt sangat!AAaa........~~~~~
dannn
Asek keluar bnda2 macam ni sahaje...
Warning: ocilogon() [function.ocilogon]: OCIEnvNlsCreate() failed. There is something wrong with your system - please check that LD_LIBRARY_PATH includes the directory with Oracle Instant Client libraries in /var/www/html/saps/config. php on line 3
Maka terpaksa tekan SIMPAN berulangkali barulah data masuk.
okay..dan lagi satu...
okay..kaum kat cni xlengkap. cadangan, supaya ditambah lagi satu kaum untuk kategori LAIN-LAIN.
itu sahaja rungutan dan komen saya.
sekian.
Sunday, 17 July 2011
Pantai oh pantai
Hati sebal sebab kempunan tak dapat pergi pantai.
really frustrated :'(
Google je ah. Ni gambar pantai kuta, Bali.
Such beauty.
Credits to the owner
Saturday, 16 July 2011
Singgah Makan-makan
Few days ago, pergi dinner kat restoran baru ni..kat Taman Perling gak. Terletak di tapak kedai Seafood Junction yang lama. So ni la benda yg kitorang makan.
Nasi goreng kampung kari ayam
~nasi goreng sedap, tapi kari ayam macam terlalu terlalu berempah. jadi cam pahit sket.
Chicken piccata.
~sedap..loving it. tp presentation kureng. huhu..
Ada lagi..aiskrim goreng kat sini sedap! tak sempat nak ambil gmbar. dah makan dulu..hee
Apahal plak upload gmbr makanan ni kan?.. saje je..hehe. Mmg hobi ambill gmbr makanan..Dannn Makan-makan :)
Tuesday, 12 July 2011
Ding dang punya nostalgia
Pergh..ding dang ni. lame dah xjumpe. nostagia betul kotak biru ade gmbar doremon kat depannye. Dulu mase kecik2 adik cekgu slalu nanges nak benda alah ni (adik cekgu ya...cekgu kalo nanges mau kene sebat ngan hanger...anak sulong kene matang -_-"). Coklat bulat2 dia xsdap mana pun tapi sbb excited nak tgok kat dalam dia ade hadiah ape je kot, dingdang ni menjadi idaman kanak-kanak pada masa tu. Nak nak iklan mase tu kalo pas tgok power rangers ke ultraman taro ke, gaban ke, satria baja hitam ke...mmg akan kuor iklan dingdang la...Tora la..itu semua la tuh..huhu.
Nak dijadikan cerita, kelmarin cekgu keluar ngan sorang hamba Allah ni. Masa kat Petronas, dia punya la excited dia ada beli Dingdang ni. Harga seringgit. Cekgu pun excited gak..Hhahaa! Lame xnampak benda ni. Dah jadi mcm barang RARE.duh. Pastu dia soh cekgu buka kotaknya..pasal dia tengah drive. Rakus gile bukak kotak sbb orang seblah dah x sabo nak makan coklat bulat2 dingdang. Bila dah buka, trus bagi dia coklat. member ape lagi..trus suap masuk dlm mulut dengan muka excited. Cekgu belek2 ape kejadah tah dia punya hadiah. belon je. Ayoooo...
Nak dijadikan cerita, kelmarin cekgu keluar ngan sorang hamba Allah ni. Masa kat Petronas, dia punya la excited dia ada beli Dingdang ni. Harga seringgit. Cekgu pun excited gak..Hhahaa! Lame xnampak benda ni. Dah jadi mcm barang RARE.duh. Pastu dia soh cekgu buka kotaknya..pasal dia tengah drive. Rakus gile bukak kotak sbb orang seblah dah x sabo nak makan coklat bulat2 dingdang. Bila dah buka, trus bagi dia coklat. member ape lagi..trus suap masuk dlm mulut dengan muka excited. Cekgu belek2 ape kejadah tah dia punya hadiah. belon je. Ayoooo...
Tiba-tiba..
..
..
.....
"erm..."
"tolong check kan expiry date dia bila...."
"rase mcm laen mcm....."
Maka dengan innocent nya cekgu pun membelek-belek kotak packaging td..
'HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHA!!!!!!
EXPIRY DATE: 30 JUN 2011
gelak xboleh control punyaaaa
HAHAHAHAHAHAHHHAHA~~~
hari tersebut ialah 11 JULAI 2011.
"Bongok! bagi sini tisu!"
"huhuu..relaxla...baru beberapa hari je expired kott..huhu"
"Diam boleh tak?"
>_<
Location:
Kuala Berang, Terengganu, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)

