Tuesday, 26 July 2011

Pantai : Bercanda di Tanjung Balau


Di sini aku temui kedamaian.
Lihat gambar pun hati jadi kembali berbunga-bunga~~~
Jadi biarkan foto-foto itu bicara.
~~~~wah. boleh tahan ayat...hihiihi

Tembam tak? Tak pun kan....kan

Motif? Cintailah diri kamu dan hargailah diri sendiri. Masing-masing ada kelebihan.
Haaa??!Takde kaitan pun?hahaha...

Saya sukakan keamanan. Kamu?
Puas hati dapat pegi pantai! Alhamdulillah.


Posing euw euw.
dis is terribly photogediks. Oh -_-"

Tak senonoh? Eh.huhu

Bicara sama tangan.

So, we are heading north or south?



 Huyyeahh~~

 So, I do love you. Do you? tiba-tiba..haha


Saya dah nak pulang ni. Mahu ikutkah?
Huh..Lambat. tinggal! Bye.

Thursday, 21 July 2011

Sistem Analisis Peperiksaan ( SAPS )

Note to readers: Komen ini telah dibuat berdasarkan pengalaman cekgu farhana sendiri menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan. Tujuan komen dibuat adalah bagi meningkatkan kualiti sistem tersebut. bukan tujuan untuk kondem ke ape ke..tq

Ape-apepun nak cakap tahniah kepada segala usaha kerajaan untuk mengonlinekan semua maklumat tentang keputusan peperiksaan dan juga ujian para pelajar. Tahniah!
Dari segi sudut pandangan positifnya....mmg snang diakses dan data boleh dimuatnaik dan dimuat turun dimana-mana jua tempat mahupun keadaan. 

Ya..bgus sangat sistem ni. sangat bagus..

TAPI..



Sistem ini benar-benar menguji kesabaranku. 
Oh! Data yang sebelum ni yang sudah dimasukkan ke sistem yang lama...terpaksa dimasukkan semula ke dalam sistem yang baru ini pula.....oh why.

and

Lambattttt sangat!AAaa........~~~~~


dannn

Asek keluar bnda2 macam ni sahaje...

Warning: ocilogon() [function.ocilogon]: OCIEnvNlsCreate() failed. There is something wrong with your system - please check that LD_LIBRARY_PATH includes the directory with Oracle Instant Client libraries in /var/www/html/saps/config.​php on line 3

Maka terpaksa tekan SIMPAN berulangkali barulah data masuk.


okay..dan lagi satu...

okay..kaum kat cni xlengkap. cadangan, supaya ditambah lagi satu kaum untuk kategori LAIN-LAIN. 

itu sahaja rungutan dan komen saya. 
sekian.


Sunday, 17 July 2011

Pantai oh pantai

Hati sebal sebab kempunan tak dapat pergi pantai. 
really frustrated :'(


Google je ah. Ni gambar pantai kuta, Bali. 
Such beauty. 
Credits to the owner

Saturday, 16 July 2011

Singgah Makan-makan

Few days ago, pergi dinner kat restoran baru ni..kat Taman Perling gak. Terletak di tapak kedai Seafood Junction yang lama. So ni la benda yg kitorang makan.

 Nasi goreng kampung kari ayam
~nasi goreng sedap, tapi kari ayam macam terlalu terlalu berempah.  jadi cam pahit sket.
Chicken piccata.
~sedap..loving it. tp presentation kureng. huhu..

Ada lagi..aiskrim goreng kat sini sedap! tak sempat nak ambil gmbar. dah makan dulu..hee

Apahal plak upload gmbr makanan ni kan?.. saje je..hehe. Mmg hobi ambill gmbr makanan..Dannn Makan-makan :)

Tuesday, 12 July 2011

Ding dang punya nostalgia

Pergh..ding dang ni. lame dah xjumpe. nostagia betul kotak biru ade gmbar doremon kat depannye. Dulu mase kecik2 adik cekgu slalu nanges nak benda alah ni (adik cekgu ya...cekgu kalo nanges mau kene sebat ngan hanger...anak sulong kene matang -_-"). Coklat bulat2 dia xsdap mana pun tapi sbb excited nak tgok kat dalam dia ade hadiah ape je kot, dingdang ni menjadi idaman kanak-kanak pada masa tu. Nak nak iklan mase tu kalo pas tgok power rangers ke ultraman taro ke, gaban ke, satria baja hitam ke...mmg akan kuor iklan dingdang la...Tora la..itu semua la tuh..huhu.

Nak dijadikan cerita, kelmarin cekgu keluar ngan sorang hamba Allah ni. Masa kat Petronas, dia punya la excited dia ada beli Dingdang ni. Harga seringgit. Cekgu pun excited gak..Hhahaa! Lame xnampak benda ni. Dah jadi mcm barang RARE.duh. Pastu dia soh cekgu buka kotaknya..pasal dia tengah drive. Rakus gile bukak kotak sbb orang seblah dah x sabo nak makan coklat bulat2 dingdang. Bila dah buka, trus bagi dia coklat. member ape lagi..trus suap masuk dlm mulut dengan muka excited. Cekgu belek2 ape kejadah tah dia punya hadiah. belon je. Ayoooo...

Tiba-tiba..
..
..
.....
"erm..."
"tolong check kan expiry date dia bila...."
"rase mcm laen mcm....."




Maka dengan innocent nya cekgu pun membelek-belek kotak packaging td..

'HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHA!!!!!!
EXPIRY DATE: 30 JUN 2011

gelak xboleh control punyaaaa
HAHAHAHAHAHAHHHAHA~~~

hari tersebut ialah 11 JULAI 2011.

"Bongok! bagi sini tisu!"

"huhuu..relaxla...baru beberapa hari je expired kott..huhu"

"Diam boleh tak?"

>_<




Wednesday, 6 July 2011

cekgu kesihatan la kunun..huhu


            Mase mula-mula posting tahun lepas, cekgu farhana telah diberi tugas sebagai guru kesihatan sesi petang. Untuk pengetahuan semua, cirri-ciri seorang guru kesihatan yang baik ialah mestilah seorang yang tenang terutamanya semasa menghadapi kes-kes kecemasan.  Tetapi cekgu farhana mase mula-mula dulu mmg panic la kalo berlaku kes-kes camni. Kalo pelajar pengsan, luka, demam, hidung berdarah cekgu farhana adalh orang yang pertama sekali yang akan panik. Wuuu....memang xtahu ape nak buat. GELABAH!. Meraban-raban carik ubat dalam first aid. Tgok ubat mane tah yang patut guna. Pastu xtahu nak balut luka macam mana.

Pernah ada pelajar sesi pagi yang luka tangannya sebab terkena cermin tingkap. Masa diorang datang bilik kesihatan cekgu baru nak buka pintu bilik, baru sampai sekolah masa tu. Cekgu sesi petang kan..lmbt r dtg. Berdarah-darah tangan pelajar tersebut. Dah cuak dah masa tuh. Tak tahu apa mahu buat. Huuu....dalam hati Tuhan aje yang tahu. Diorang panic tgok kawan dah berdarah-darah. Cekgu pun same! Tapi buat-buat macam tahu ape nak buat. Macam slalu tgok dalam tv cmne diorang balut-balut, camne bersihkan luka. Nasib baiklah cekgu farhana memang suka tgok cerita-cerita Srub, Grey Anatomy, CSI, House.....dengan konfidentnya cuci luka, taruk ubat, then balut2....akhirnya luka ditangan pelajar tersebut telah dibalut dengan jayanya. Walaupun hodoh sket.huhu...First time beb balut luka orang.

Pastu kelmarin terserempak dengan pelajar tersebut, dia cakap
‘Cekgu! Tangan saya dah elok dah. Tengok ni!’.
‘Yeke?Awak ade g klinik tak pastu?’
‘xpun..yang cekgu balut hari tu laaa...’
‘huhu...

 >_<




Monday, 4 July 2011

hari sukan bawah panas terik mentari

Tadi mase sedang pilih2 gmbar hari sukan tgok mane yg cantek nk di upload kat website sekolah...ade dua folder untuk sukan dan sukantara serta aktiviti sebelum sukan. total 9++ gmbar! ayoyo....penat mau pilih...sedang pilih2 tetibe...jumpe gambar yang ni...
 Abaikan muka tembam+poyo tersebut. beliau mmg mcm tu. Dannnn...juga, sila abaikan parut jerawat sebutir yang sangat visible tersebut. haih..patotnye kene touchup dulu gmbr ni tadi..huhu. Mase ni cekgu tgah jage kaunter pendaftaran mase hari sukan. baju merah yang nampak bahu sipi-sipi je tu adelah encik polis. 

Dalam banyak-banyak gmbar, gambar ni yang paling cekgu suke. sbb macam ade cerita/kisah yang cuba disampaikan. cewah. cerita nya apa? Okay..mungkin ceritanya lebih kurang macam ni...'Ali..pegi kutip peluru yang lontar-lontar tu'. Ali pun berkata 'baek cekgu!'.  tamat.

Yang ni lagi satu gambar yg cekgu suka. Macam ni barulah 1Malaysia! Lepas berjemur, semua kulit dah jadik same kaler dah...kehkeh. Ni team tarik tali rumah Garuda (rumah merah).  walaupun byk acara yang kalah...tapi tarik tali rumah merah menang.Yeay!

FAKTA SUKAN

Hari sukan 2 julai 2011 yg lalu adalah hari sukan pertama sebagai seorang cekgu. Sejak dulu lagi, memang kurang gemar aktiviti-aktiviti yang terpaksa berjemur di padang di bawah panas terik mentari ni. Kulit dahla tak cerah. Hitam bagai lepas sukan. 
Setelah cekgu farhana membuat kira-kira....kalo cekgu farhana masih hidup sehingga pencen, InsyaAllah cekgu farhana akan terpaksa menghadapi hari sukan sebanyak lebih daripada tiga puluh kali lagikkk!....
HAaaaa..semputt..~~~~